Tuesday

BUKU PANDUAN PEMAJUAN PERUMAHAN 2013

BUKU PANDUAN DAN 
PROSEDUR PEMAJUAN PROJEK PERUMAHAN DI MALAYSIA. 

 BUKU KINI HABIS DIJUAL.  

UNTUK MEMUAT TURUN VERSI E-BOOK,
SILA KLIK DI SINI








ABSTRAK

Buku ini diterbitkan hasil kerjasama strategik di antara Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM (PPPBP-USM) sebuah pusat pengajian IPTA antara yang terulung di negara ini dan MAKA Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju perumahan berlesen yang mempunyai pengalaman hampir 25 tahun dalam bidang pemajuan perumahan. Kedua-duanya juga telah lama berkerjasama aktif dalam menganjurkan siri-siri kursus yang komprehensif bagi tujuan melahirkan usahawan-usahawan baru dalam bidang pemajuan perumahan dan hartanah, dan mungkin satu-satunya yang terdapat di negara ini.

Buku ini mengandungi keterangan terperinci mengenai proses-proses dan prosedur yang terdapat dalam urusan pembangunan perumahan; bermula dari perolehan tanah sehingga kepada penyerahan kunci kepada pembeli-pembeli rumah. Cara-cara terperinci bagi penyediaan Kajian Kemungkinan Projek juga dimasukkan dalam buku ini.  Bagi bakal-bakal usahawan yang berhajat memulakan perniagaan dalam bidang yang penuh mencabar ini, beberapa strategi juga dipaparkan sebagai panduan.

Masalah-masalah utama yang dihadapi oleh industri ini, khasnya oleh pemaju-pemaju kecil dan sederhana, juga turut diketengahkan bagi perhatian pihak pembuat dasar dengan harapan ianya dapat ditangani demi memastikan pemaju-pemaju ini dapat terus bergiat, berkembang dan membantu kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi kepada rakyat yang memerlukan.





KANDUNGAN BUKU

PRAKATA :  Prof Datuk Dr Omar Osman, Naib Canselor, USM.

PENDAHULUAN: 

Wan Mohd Dzulkifli Wan Daud - MD Maka Corporation Sdn Bhd / Mantan Pengerusi, REHDA Kelantan.
Prof Madya Dr Mastura Jaafar - Timb. Dekan, PPBPP- USM
Mohd Arif Wan Mohd Dzulkifli - Pengurus Projek/ Jurutera, Maka Corporation Sdn Bhd.

BAB 1: PENGENALAN

BAB 2: KERJAYA SEBAGAI  PEMAJU PERUMAHAN
1. Skop Kerja, Definisi dan Jenis Pemaju-pemaju Perumahan
2. Keperluan Asas untuk menjadi Pemaju Perumahan Berlesen
- Syarikat atau Entiti Perniagaan Berdaftar
- Tanah untuk pembangunan
- Pelan bangunan yang diluluskan.
- Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan

BAB 3: PROSES-PROSES DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN
1.Permohonan Kebenaran Merancang
2.Permohonan Ubahsyarat dan Pecah Sempadan Tanah
3.Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan
4.Permohonan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan melalui sistem BLESS.
5.Pemasaran dan Jualan Rumah
6.Permohonan Pinjaman Perumahan Untuk Pembeli-pembeli Rumah
- Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia
- Pinjaman Perumahan Bank
- Tuntutan Bayaran Kemajuan dan Pengeluaran Wang dari Akaun HDA
- Proses Pindahmilik Tanah kepada Pembeli Rumah
- Pendaftaran Cagaran Hakmilik kepada Pembiaya
- Tuntutan Bayaran Kemajuan Kerja daripada Pembiaya
- Pengeluaran Wang dari Akaun HDA
7.Pembinaan Bangunan Dan Infrastruktur
8.Permohonan Bekalan Air
9.Permohonan Bekalan Eletrik
10.Permohonan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC)

BAB 4: PENYEDIAAN KAJIAN KEMUNGKINAN PROJEK
1.Anggaran Kos Pambangunan dan Akaun Untung/Rugi Projek
2.Penyediaan Carta Cadangan Gerakerja Pembinaan
3.Penyediaan Cadangan Aliran Tunai Projek
- Penyediaan Carta Aliran Wang Masuk
- Penyediaan Carta Aliran Wang Keluar
- Penyediaan Carta Aliran Wang Tunai (Akhir)

BAB 5: KEWAJIPAN PEMAJU BERLESEN DI BAWAH AKTA 118

BAB 6: STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN DALAM INDUSTRI HARTANAH
1.Prasyarat dalam Pemilihan Bidang Perniagaan
2.Bidang-bidang Perniagaan dan Strategi Pelaksanaannya
- Kontrak mengurus dan membina rumah diatas tanah sendiri.
- Urusniaga jualan tanah kosong/ lot banglo.
- Urusniaga pemajuan projek tidak melebihi 4 unit rumah.
- Urusniaga Pemajuan Hartanah sebagai Pemaju Perumahan Berlesen

BAB 7: CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIANNYA
1.Kelewatan mendapatkan kelulusan pembangunan
2.Kesukaran mendapat sumber modal/kewangan
3.Kesukaran mendapat tanah yang sesuai
4.Kesukaran mendapat subkontraktor/pekerja mahir
5.Kesukaran mendapat pelangan/pembeli.
6.Peraturan dan syarat-syarat kerajaan yang membebankan

BAB 8: USAHAWAN LESTARI: PANDUAN UNTUK BERTAHAN

BAB 9: PERKONGSIAN PENGALAMAN: TOKOH PEMAJU BERDIKARI DARI KELANTAN oleh Prof Madya Dr Mastura Jaafar & Syed Putra Al Jufri

BAB 10: PENUTUP



--------------------------------------------------------------------------

Quotes:
'Fakta, informasi serta cadangan-cadangan yang bermanfaat yang terkandung di dalam buku ini tidak akan dapat dihasilkan secara terperinci melainkan daripada usaha yang bersungguh-sungguh dan pengalaman luas pengkajinya' 

Profesor Dato’ Dr Omar Osman,
Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.

__________________________________________________________________

Diterbit oleh:
MAKA CORPORATION SDN BHD
dengan kerjasama
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

ISBN 978-967-12024-0-1

----------------------------------------------------------------------


2 comments:

M. Faiz said...

Saya berminat utk memiliki buku di atas. Bagaimana blh saya membelinya? Adakah perlu membeli di USM? Atau ada cara membeli secara online? Terima kasih..

MOHD ZAHARI BAHRI said...

Dimana saya boleh mendapatkan buku ini... order guna pos atau ada jual di mana-mana?